Gamis Perak - Inspirasi Anak Muda

Saturday 24 November 2012

ISU PALESTIN TANPA SEMPADAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI  MAHA PENYAYANG


Assalamualaikum/salam sejahtera, kepada semua.

Dilindungi bayang-bayang media dan kuasa veto Barat, sekali lagi pihak penjajah Zionis melancarkan misi penghapusan bangsa Arab Palestin daripada Gaza (Palestin) dengan nama operasi “Pillar of Cloud”. November 2012 adalah serangan terbaru regim Zionis ke atas wilayah Gaza setelah melakukan jenayah perang yang sama pada 4 tahun yang lalu menjelang Disember 2008 hingga Januari 2009 yang meragut hampir 1,500 nyawa dalam kalangan warga Palestin.
Hari ini media Barat sekali lagi menjaja propaganda yang sama seperti yang pernah diuar-uarkan pada tragedi berdarah Disember 2008, dakwa mereka “Israel (negara) mempertahankan diri daripada serangan roket Palestin”. Walhal, hujah ini tidak berasas sama sekali, atas sebab-sebab berikut:-

1. Sebelum bermula serangan roket Palestin ke atas Israel (negara), pesawat perang  regim Zionis telah berlegar-legar di ruang udara Gaza mencari sasaran-sasaran individu. Namun pemimpin Palestin tidak melakukan apa-apa tindakan atas provokasi dan pencerobohan yang dibuat. Sehingga kemuncaknya tiba apabila terbunuhnya seorang kanak-kanak warga Palestin yang membawa kepada serangan balas ke atas Israel (negara).

2. Mustahil untuk diterima akal, bahawa kumpulan penjajah mendakwa mereka “mempertahankan diri” setelah menetap di tanah jajahan mereka dan setelah melakukan penculikkan beramai-ramai rakyat Palestin atas nama penangkapan tanpa bicara. Mereka mendakwa “mempertahankan diri” setelah mengambil hak warga Palestin sewenang-wenangnya.
Perlu ditegaskan, Islam tidak memilih untuk membenci bangsa tertentu seperti bangsa Yahudi atau selainnya, sebaliknya apabila timbul kezaliman baik ia datang samada dari muslim atau non-muslim,  umat Islam perlu bangkit menegakkan keadilan. Konflik Palestin-Israel adalah isu yang penting untuk diketengahkan masyarakat dunia tanpa memilih-milih untuk dibangkitkan pada musim-musim tertentu.  Sejarah mengenali regim Zionis kerana mereka bijak bermain masa, apabila masyarakat dunia sudah lupa, mereka mulai bermaharaja lela.
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Bantulah saudara kamu samada dia menzalimi atau dizalimi. Lalu sahabat menjawab: Kami akan menolongnya jika dia dizalimi, tetapi bagaimana kami boleh membantu mereka yang zalim. Nabi menjawab: Kamu halang dia daripada melakukan kezaliman. (Riwayat Bukhari)

Usaha memboikot barangan, bentuk perlaburan dan hubungan diplomasi ke atas regim Zionis adalah untuk menyatakan kebersamaan dan solidrati warga Malaysia terhadap perjuangan warga Palestin dalam mempertahankan hak-hak kemanusiaan mereka sebagai penduduk asal tanah Palestin.
Di ketika seluruh pelusuk masyarakat dunia bangkit tanpa mengira bangsa, agama dan negara dalam menolak kezaliman, penindasan, penganiyaan dan penipuan regim Zionis. Warga Palestin mengharapkan kita warga Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan padu terhadap perjuangan mereka.
Mulakan boikot, agar mereka sedar, setiap keganasan ada balasan.




Aminuddin Bin Mohamed
Majlis Ta'dibiyyah GAMIS Perak. 


Hidup ini penuh pilihan,pilih lah kejalan Allah,pasti bahagia

Saturday 17 November 2012

Gembira Di Raudhah

Bismillahirrahmanirrahim (pilihlah kami untuk ikhlas)

We love Allah, We adore Rasulullah.

Jika Harry Porter mengatakan watak dan nama yang menjadi kegemaran beliau adalah Voldemort di dalam filem bersiri Harry Porter, saya juga punya watak kegemaran di dalam drama bersiri Merlin, walaupun saya bukan siapa-siapa di dalam cerita itu, cukuplah sekadar menjadi penonton dan pengkritik yang setia barangkali. Modred. (Baik, relatifnya?)

Saya cuma ingin bawakan kepada anda kata-kata seorang wira di dalam rancangan bersiri Merlin tersebut. Walaupun ianya hanya sebuah kata-kata yang dilontarkan berdasarkan skrip yang telah diaturkan, pada saya, sesiapa yang tidak mampu mengambil sesuatu daripada kata-kata itu, teramatlah rugi sebagai seorang manusia yang punya akal yang waras. Iya... Modred.

Modred, the knight of the Camelot:

        "The love and affection is greater than the power that we wilt" 

Mengapa begitu?


Ini Jawapannya!



Syurga untukmu anak-anak ku!
Syurga untukmu sayang!

Saya kira mereka sedang bahagia disana, saya tahu, kita semua tahu kan?
Tiada apa untuk kami merasa terkilan atas pemergian bertemu Rabb mu nak.
Doa kami bersama kamu, kirim juga secebis doa buat kami, agar kami juga berada dalam perjalanan yang aman dan selamat bertemu Tuhan kita. Allah.
Allah pasti tunjukkan kepada mereka suatu hari nanti. Usah risau ye nak.


Come stop your crying 
It will be all right 
Just take my hand 
Hold it tight 

I will protect you 
From all around you 
I will be here 
Don't you cry 

For one so small, 
You seem so strong 
My arms will hold you 
Keep you safe and warm 
This bond between us 
Can't be broken 
I will be here 
Don't you cry 

'Cause you'll be in my heart 
Yes, you'll be in my heart 
From this day on 
Now and forever more 

You'll be in my heart 
No matter what they say 
You'll be here in my heart, always 

Why can't they understand 
The way we feel? 
They just don't trust 
What they can't explain 
I know we're different but, 
Deep inside us 
We're not that different at all 

Don't listen to them 
'Cause what do they know? 
We need each other 
To have, to hold 
They'll see in time 
I know 

When destiny calls you 
You must be strong 
I may not be with you 
But you've got to hold on 
They'll see in time 
I know 
We'll show them together











Hidup ini penuh pilihan,pilih lah kejalan Allah,pasti bahagia